1. Penerimaan Terma & Syarat
Dengan meneruskan tempahan di Adeeba Guest House, anda secara rasmi bersetuju dengan semua terma dan peraturan rumah yang dinyatakan di sini. Kami komited untuk memberikan servis terbaik, dan kerjasama anda amat dihargai.
2. Proses Tempahan
Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp rasmi atau website kami. Pengesahan tempahan (Booking Confirmation) hanya akan dikeluarkan selepas kami menerima resit bayaran deposit.
3. Deposit & Pembayaran
Deposit sekuriti diperlukan untuk 'lock' tarikh pilihan anda. Baki pembayaran penuh mesti dijelaskan selewat-lewatnya sehari sebelum atau semasa hari Check-In.
4. Pembatalan & Refund
Pembatalan awal (14 hari sebelum check-in) layak mendapat pemulangan penuh deposit. Selepas tempoh 14 hari, pembatalan tidak dibenarkan (non-refundable), namun anda masih boleh menukar tarikh penginapan tertakluk kepada kekosongan tarikh yang ada.
5. Check-In & Check-Out
• Check-In: Bermula 3:00 Petang
• Check-Out: Sebelum 12:00 Tengahari
Waktu ini penting agar kami dapat membersihkan rumah dengan sempurna untuk tetamu seterusnya.
Peraturan Rumah & Keselamatan
Mohon kerjasama anda mematuhi garis panduan ini demi keselesaan bersama dan tetamu seterusnya.
6. Ruang Parkir
Sila pastikan kenderaan diletakkan di tempat yang betul. Had parkir adalah 2 buah kereta sahaja di kawasan hadapan kabin. Sekiranya melebihi had, sila maklumkan kepada kami (Owner) untuk urusan susunan parkir di kawasan belakang berhampiran pantai.
7. Utiliti & Dapur
- • Dapur: Kemas dengan baik selepas masak. Jangan biarkan masakan tanpa pengawasan. Pastikan tombol gas ditutup sempurna, dan awasi jika terdapat bau gas.
- • Elektrik & Air: Tutup aircond, TV, lampu dan paip air apabila tidak digunakan atau keluar dari rumah.
- • Aircond: Pastikan pintu sliding dan tingkap ditutup rapat semasa aircond dipasang bagi mengelakkan kondensasi (air menitis keluar).
8. Pantai & Kolam Renang (Pool)
- • Sila awasi anak-anak sentiasa ketika berada di pantai & pool demi keselamatan bersama.
- • Gunakan pakaian renang yang bersesuaian dari jenis NON-COTTON.
- • Pastikan pakaian dikeringkan (tanpa air menitik) dan pasir pantai dibersihkan terlebih dahulu di luar sebelum masuk ke dalam rumah.
9. Larangan Utama & Kerosakan
- • MEROKOK TIDAK DIBENARKAN di dalam Rumah/Kabin. Jika merokok di beranda, pastikan sliding door ditutup rapat. Sediakan ashtray sendiri dan jangan ketik abu/buang puntung dari beranda.
- • Haiwan Peliharaan (Pets) & Parti Bising adalah dilarang sama sekali.
- • Sebarang kerosakan harta benda akan ditanggung oleh tetamu dan ditolak daripada deposit sekuriti.
Sudah Bersedia Untuk Percutian Selesa?
Alami pengalaman penginapan yang bersih, premium dan mesra keluarga bersama kami di Adeeba Guest House.